Selamat Datang


Nama Abdul Hadi bin Abdul Mazlan mungkin tidak dikenali oleh anda. Namun apabila disebut Hadi Idola Kecil 3 dengan tagline “TEMBAM-TEMBAM PUN COMEL”, pasti ramai yang mengingati anak kecil yang mudah tersenyum dan peramah ini. Hadi hanyalah kanak-kanak biasa yang tidak pernah mendapat sebarang pendedahan di dunia muzik atau pun menyertai mana-mana pertandingan nyanyian sebelum IK3.

Tiada siapapun menyangka bahawa sekali sahaja mencuba ujibakat di Idola Kecil 3, dia telah Berjaya memikat hati juri dan seterusnya penonton TV dan YouTube. Kini Hadi melangkah setapak ke hadapan di dalam bidang seni suara apabila dia selesai merakam mini album dengan 4 buah lagu pelbagai rentak. Miliki mini album hadi untuk menghayati suara Hadi yang unik ini. Segala yang anda perlu tahu ada di dalam blog ini. Selamat membaca info-info terkini tentang Hadi IK3.

Untuk sebarang bantuan, sila hubungi :
Toll Free No : 1-800-888-696 (Dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang)